Sunday, 18 March 2012

Cuti Sekolah Saya

          Pada hari Isnin, saya pergi ke Perkhemahan Darjah 5. Apabila saya sampai ke sekolah, saya beratur bersama kelas saya di dewan sekolah. Selepas itu, bas sekolah sudah sampai. Saya dan kawan-kawan saya menaiki bas itu dan terus ke Safra Yishun. Di Safra Yishun, saya berjumpa dengan pelatih saya, Ayub. Dia baik, tinggi, dan garang. Selepas itu, kita pun membuat rakit di kolam renang.

          Pada hari Selasa, saya membuat beberapa aktiviti-aktiviti yang menarik sebagai rock climbing, abseiling, cabaran kanopi berjalan kaki, cabaran mengimbangi dan juga unggun api. Apabila sesi unggun api sudah bermula, kami bernyanyi lagu unggun api dan setiap kumpulan harus membuat persembahan. Malangnya, di tengah-tengah persembahan itu, hujan telah turun dan semua orang berlari ke tempat teduh.

 
          Selepas hari itu, kita pun bermula berkata selamat tinggal dan terima kasih kerana semua perkara-perkara yang dilakukan oleh pelatih untuk membuat kem itu lebih menarik dan menyeronokkan. Saya sedih meninggalkan Safra Yishun. Saya harap untuk ke sana lagi.